Sunday, November 8, 2009

kelantan 1 - negeri 9 3

hebat betul pertahanan neg 9. tak terlawankan indra, farhan dan khalid.hehehe..tiga nama ini sajalah yang aku tahu.tapi aku pasti tahu yang kelantan kalah semalam. selepas 40 tahun baru dapat ke final, gagal juga akhirnya. yang paling melukakan hati, bila diingat berpuluh ribu penyokong berarak ke k.l, melawan arus monsun timur laut, menongkah musim tengkujuh dan meredah banjir yang sudah semestinya sudah menenggelamkan kuala krai dan rantau panjang. tidak mengapalah, sekurang-kurangnya kita merasa angin final 7 november 2009. selamat maju jaya kelantan!!!

Wednesday, November 4, 2009

hati

mahu ku khabarkan pada dunia bahawa aku ini cuma manusia biasa punya hati dan rasa. dan aku juga punya famili dan sahabat yang sentiasa mahukan yang terbaik buatku. mengapa semua orang harus bersusah untukku. bukankah hidup ini selalunya sendiri, matinya juga sendiri dan hisabnya nanti pun sendiri. mungkinkah kerana sayang atau kerana mulut orang. sering kukatakan banyak hati yang perlu ditatang, walau cuma sedikit yang betul faham.
fahamkah mereka?
bangun pagi dan tidur malam seolah berbantalkan balak
nafasku selalu keluarnya keluhan tanpa aku sendiri sedari
cakapku juga selalu merapu dan otakku sentiasa kosong
kerana kosongnya rasa
bolehkah aku menjadi aku? yang dulunya ceria menyakat orang
bolehkah aku menjadi aku? yang dulunya menceriakan orang
bolehkah aku menjadi aku? yang dulunya disukai orang
bolehkah orang menjadi aku?
yang turut merasa bebannya benak
bolehkah orang menjadi aku?
yang sekian ramai menyayangi namun satupun tidak memahami
bahkan tidak mahu mencuba untuk memahami.
akhirnya jadilah aku yang baru. yang tahunya bertemankan diri sendiri, mohon simpati pada yang tiada hati. moga makbul doaku yang setiap hari, dikuatkan semua hati yang dekat denganku. agar mereka tidak mudah mati hati, kerana hati ku sudah lama mati.titik.

Tuesday, November 3, 2009

oktober yang padat

a picture is worth a thousand words...
belum benar2 kehilanganmu, namun sudah terasa di lubuk hati
senyum kambing
fadie, fadz n mira

---tumbina---

my bff

moksu n terubuk

jeti-apa ntah

fadz n fadie---same name, different character

tn nurul, azwa n moksu

comelnye........

moksu lg

qais n nukman

spies---banting

Thursday, October 22, 2009

kerana atiliana












Saturday, August 1, 2009

tomyam poktek

hampir setiap hari menjamu diri dengan tomyam poktek..dan sudah berbulan rasanya tidak merasa nasi dengan air tangan sendiri.sibuk benar kedengaran.setiap hujung minggu samada balik kampung, spies, rumah c'ani atau merewang ke pasaraya besar sekadar mencuci mata yang memang sediakala tidak cuci. hari bekerja apatah lagi, 7 petang baru menjenguk rumah.badan sudah penat, otak sudah sendat, akhirnya tomyam poktek kegemaran moksu juga yang dilawat.kaya benar rasanya tauke tomyam itu, hari-hari bertomyam saja.pekerja-pekerjanya pun sudah tahu benar muka aku dan moksu, sehingga bisa tahu dan menyapa-cantik hari ini.hahaha...agaknya mereka juga tahu kalau kiranya aku memakai baju semalam.tomyam poktek-entah apalah yang sedap sangat di lidah moksu, asyik yang itu saja.mungkin kerana namanya, mungkin juga kerana ketamnya atau mungkin kerana alas mejanya.entah sampai bila lagi aku boleh bertahan dengan poktek sebelum benar-benar jemu.sudah-sudahlah moksu...moh kita bertomyam nama lain pula..:)

Monday, June 22, 2009

alahai jun

lama menyepi
banyak agenda barangkali
dengan mengejar kelas tambahan
yang diminta pelajar
dengan menghabiskan sukatan
yang memang tanggungjawab
dengan menanda kertas peperiksaan
yang sememangnya wajib
dengan motivasinya
yang dicari sendiri
dengan balik kampungnya
yang sentiasa dihati
dengan kenduri Prof
yang memang nak merasa
dengan nak menyiapkan jadual kelas
yang memang dalam KPI
dengan sibukkan diri
yang memang tabi'i
dengan ini
yang ini sajalah yang sempat
buat pengubat rindu
alahai jun

Tuesday, May 19, 2009

selamat hari lahir adik



saban bulan rasanya
mengucapkan selamat hari lahir buat kalian
bangga amat
ada kalian sebagai adik
mei-bulan untuk waqi dan paih
seperti selalu
harapku
jangan kalian rebah
dek ujian bertalu-talu
kerana kita semua tahu
anak mei anak yang kuat
selalu diuji dengan yang hebat-hebat
kalian bertuah
menjadi pilihan Tuhan
untuk diberi pahala percuma
walau sebenarnya ia tidak datang percuma
bertahanlah kalian
kerana sabar itu milikmu
maka tunggu sajalah habuan dari Tuhan
selamat hari lahir
seperti selalu
semoga dipanjangkan umur
semoga dimurahkan rezeki
selamatlah dunia akhirat kalian
amin

p/s: semoga dapat k.yah ucapkan beratus kali lagi...selamat hari lahir adik!!!